Akauntan Yang Hipokrit

“Dilaknati Rasulullah s.a.w. pemakan riba, dan pemberi makan, saksinya dan penulisnya”
(Riwayat Abu Daud, no 3333, At-Tirmidzi & Albani : Hasan Sohih)

[Hadith di atas di copy paste daripada artikel tulisan Dr. Zaharuddin Abd Rahman]

Dalam status ini, saya mahu fokus pada “penulisnya”. Contoh penulisnya ialah akauntan yang membantu merekod, mempermudahkan, dan menjalankan urusan riba itu. Atau peguam yang menyediakan kertas kerja dan merangka dokumen perjanjian riba tersebut.

Belajar apa itu riba tidak salah. Kerana Continue reading

Black Shirt

Sahabat Tidak Berkabung Selepas Kewafatan Rasulullah S.A.W.

Black Shirt

Beberapa minggu lepas, seorang hamba Allah bertanya kepada saya apakah hukum berkabung. Beliau bertanya sambil lewa saja sebagai satu topik perbualan yang tidak berkaitan dengan apa-apa peristiwa. Saya pun tidak menjangkakan tiba-tiba akan ditujukan soalan itu. Saya tidak tahu hukumnya maka saya tidak menjawabnya.

Sungguh, takdir Allah menetapkan soalan itu ditujukan kepada saya pada hari tersebut bukanlah sesuatu yang tidak mempunyai makna yang relevan pada masa hadapan.

Jika ikut sirah Rasulullah s.a.w., Continue reading

Coffee-800

Kopi RM0.50 Yang Shubhah

 

Coffee-800

CEO Starbucks namanya Howard Schultz.

Sebelum kita beri RM10 untuk kopi RM0.50, kita perlu pastikan sama ada dia Yahudi Ortodoks yang pro-Palestin atau Yahudi Zionis yang pro-Israel.

[Pengikut ajaran Torah menyatakan bahawa adalah bertentangan dengan ajaran Torah untuk orang Israel mempunyai negara sendiri. Oleh kerana ini orang Israel menentang pembentukan  negara Israel.]

Jangan main hirup saja selepas terlebih bayar RM9.50 tanpa mengambil peduli kebarangkalian duit RM9.50 tu pergi ke mana.

Saya shubhah dia yang mana satu. Sebab itu saya ambil langkah selamat, untuk tidak memberi duit kepadanya. Di rumah pun kita boleh buat kopi RM0.50. Rasanya halal tanpa ada rasa shubhah. Jimat lagi. Malah, serbuk kopi itu buatan anak Malaysia.

Duck2

Cantikkah Bertudung?

Duck2

Cantikkah bertudung?

Dulu, saya tergolong dalam golongan lelaki yang berhujah bahawa pemakaian tudung itu akan membuatkan wanita nampak cantik. Setiap kali sahabat bertanyakan kepada saya tentang tudung, mesti perkataan cantik itu akan keluar dalam ayat yang sama ketika bercerita tentang tudung.

Tapi itu dulu lah. Ketika zaman kegelapan saya tentang tudung. Zaman jahil ilmu. Bercakap berdasarkan akal semata-mata. Pandangan duniawi semata-mata tanpa skop ukhrawi.

Pemakaian tudung itu bukan untuk kecantikan. Tetapi sebagai satu tanda sujud atau akur kepada peraturan dan ketetapan Allah. Kalaulah tudung itu untuk cantik, kenapa ada wanita sampai memakai Continue reading

Selipar Getah Osaki

Pada 21.12.2012 (tarikh kehancuran dunia mengikut Mayan), selipar jepun (selipar getah) Osaki saya dicuri manusia selepas habis solat Jumaat. Saya ingat sebab tarikh ni popular dan sebab saya buat status Facebook atas kehampaan kehilangan selipar kesukaan saya ini.

Hari ini, 2.7.2014, selipar saya Continue reading