TAWARAN KOMISEN RM50

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Selamat datang. Kami menawarkan perkhidmatan design untuk membangunkan laman web untuk kegunaan peribadi, perniagaan, dan organisasi. Perkhidmatan kami sangat sesuai bagi sesiapa yang mempunyai keinginan untuk memiliki laman web tetapi tidak mahu atau tidak mempunyai masa untuk belajar sendiri cara-cara untuk membangunkannya dari “sifar”. Kami juga menyediakan servis tambahan seperti editing, maintenance, dan tutorial untuk mengajar anda menggunakan laman web anda.

DESIGN

Personaliti Anda

RM1500 – RM2000

PROMOSI

Kami menawarkan perkhidmatan membina laman web sampai siap. Tempoh minimum design ialah 7 hari. Tempoh maksimum design ialah 20-30 hari bergantung kepada ciri-ciri laman web yang dikehendaki. Ini bermakna dalam tempoh ini, anda boleh meminta apa-apa perubahan yang diperlukan dalam design laman web anda tanpa caj tambahan sungguhpun jika laman web telah siap lebih awal daripada itu.

Dalam pakej ini, anda akan mendapat:

Custom Design

Design laman web anda mengikut kehendak anda.

Responsive Design

Design laman web mengikut standard laman web terkini yang memudahkan pelawat untuk melayari laman web anda sesuai mengikut saiz skrin masing-masing.

Kedai E-commerce

Pertingkatkan jualan perniagaan anda dengan menjual secara online.

*Kami tidak menguruskan pendaftaran “payment gateway”

Blog

Kemas kini berita atau blog terkini laman web anda sendiri tanpa perlu bergantung kepada web developer setiap kali ingin melakukan pembaharuan dengan menggunakan sistem WordPress. Penjimatan jangka masa panjang.

Emel

Serlahkan emel profesional anda dengan menempatkannya di domain anda sendiri seperti info@domainanda.com.

Sekuriti

Lindungi laman web anda daripada ancaman hacker dan virus.

SSL

Lindungi maklumat penting pelawat anda.

Domain

Domain .com disertakan secara percuma dalam pakej ini. Sah selama setahun. Hubungi kami untuk mendapatkan harga domain selain .com.

Web Hosting

Web hosting disertakan secara percuma dalam pakej ini. Sah selama setahun.

Hubungi kami jika ada kriteria-kriteria yang anda kehendaki tidak tersenarai dalam perkhidmatan bina laman web sampai siap di atas.

Kenapa miliki laman web?

Kelebihan-kelebihan Memiliki Laman Web

Kos Rendah

Memulakan bisnes online adalah lebih murah berbanding terus memulakan perniagaan mengikut cara lama seperti membuka kedai.

Dapatkan Lebih Ramai Pelanggan

Hari demi hari lebih ramai orang menggunakan Internet untuk mendapatkan maklumat tentang sesuatu produk dan servis.

Pameran Produk atau Servis Perniagaan

Pamerkan produk dan servis yang perniagaan anda sediakan untuk pelawat-pelawat laman web anda. Pameran ini dapat membantu mereka mendapatkan maklumat yang tepat tentang produk atau servis yang anda sediakan daripada anda sendiri tanpa bergantung kepada agensi periklanan.

Operasi 24 Jam

Anda tidak perlu menutup laman web anda seperti mana anda perlu menutup perniagaan fizikal anda. Laman web akan terus beroperasi untuk dilawati oleh pelanggan-pelanggan anda.

Komunikasi Bersama Pelanggan

Kemas kini laman web anda dengan tawaran, produk, promosi, majlis atau aktiviti, gambar, dan konten terkini yang lain.

Emel yang Menarik

Emel yang ditempatkan di domain anda sendiri nampak lebih profesional berbanding emel di Gmail atau Yahoo. Sebagai contoh, emel mana satukah yang lebih profesional:

  • info@domainanda.com
  • namabisnes_987654@gmail.com?

Kredibiliti Bisnes

Perniagaan yang mempunyai laman web mempunyai kelebihan dari segi nilai kredibiliti berbanding yang tidak mempunyai laman web.

Borang dan Risalah Online

Anda boleh mengemaskini dan mengutip maklumat pelanggan anda menggunakan borang online. Ini akan menjimatkan kos dan masa berbanding menggunakan teknik lama menggunakan kertas dan pen. Anda juga boleh mengemaskini maklumat perniagaan anda tanpa perlu mencetak semula pamflet atau risalah baru.

Komisen

Terima Kasih Di Atas Sokongan Anda

RM50

PROMOSI

Dapatkan komisen sehingga RM50 untuk setiap pelanggan yang anda hantar ke laman web kami dan mendapatkan pakej perkhidmatan bina laman web sampai siap yang di atas tidak kira ketika harga diskaun promosi atau harga biasa.

Masa terhad. Dapatkan sementara tawaran masih sah.

PRODUK & SERVIS KAMI

Design,
Editing, Maintenance, Tutorial

Urusan hal berkaitan laman web anda seperti editing, maintenance, tutorial dan lain-lain servis yang tidak termasuk di dalam pakej design laman web di atas. Hubungi kami untuk memastikan perkara yang dikehendaki itu di dalam skop pengetahuan kami.

MAJOR DESIGN

RM0.50 /minit

Caj RM1 akan dikenakan untuk setiap satu sesi perkhidmatan ini. Sila lihat contoh kiraan caj servis perkhidmatan kami di bawah.

Contoh tempoh khidmat 60 minit:

Sesi dan minit pertama (RM1.00 + RM0.50) + Minit kedua hingga keenam puluh (RM0.50 x 59)

Jumlah caj perkhidmatan RM31.00

MINOR TWEAK

RM0.30 /minit

Caj RM1 akan dikenakan untuk setiap satu sesi perkhidmatan ini. Sila lihat contoh kiraan caj servis perkhidmatan kami di bawah.

Contoh tempoh khidmat 10 minit:

Sesi dan minit pertama (RM1.00 + RM0.30) + Minit kedua hingga kesepuluh (RM0.30 x 9)

Jumlah caj perkhidmatan RM4.00

Caj RM200 akan dikenakan untuk sesi pertama kali untuk install segala files yang diperlukan untuk membuat custom design (tanpa e-commerce). Caj tambahan RM150 akan dikenakan untuk menyertakan sekali e-commerce.

SOALAN LAZIM & JAWAPAN

PENGENALAN
Apakah itu domain?

Analogi yang mudah untuk memahami domain ini ialah ibarat alamat atau nama perniagaan anda. Jika anda mahu membuka sesuatu syarikat di Malaysia, anda diwajibkan untuk mendaftarkan nama perniagaan anda. Untuk memiliki laman web, anda perlu mendaftarkan nama “domain” masing-masing.

Apakah itu web hosting?

Web hosting boleh diibaratkan seperti tempat perniagaan anda dijalankan. Contohnya di bangunan atau lot yang disewa untuk dijalankan sesuatu perniagaan. Di web hosting inilah segala “files” dan “databases” yang berkaitan dengan domain kita akan ditempatkan. Ibaratnya di sinilah segala barang-barang dan peralatan perniagaan anda ditempatkan.

Apakah itu server?

Server ialah komputer pusat yang menyimpan semua fail dan dokumen laman web anda. Apabila ada pelawat ingin melawat laman web anda, mereka akan disambungkan kepada server ini untuk memuat turun segala maklumat berkaitan untuk memaparkan laman web anda di browser komputer mereka.

Apakah itu custom email?

Setiap akaun persendirian membolehkan penggunanya membuat email mengikut kehendak masing-masing. Contohnya surat@websiteanda.com Email ini didaftarkan kepada domain masing-masing. Ia tidak seperti email Gmail atau Yahoo di mana setiap email pengguna mesti diakhiri dengan @gmail.com atau @yahoo.com

Apakah itu theme?

Theme boleh diibaratkan sebagai tema website. Bagaimana rekaan dari segi bentuk, warna, dan elemen-elemen lain yang digunakan untuk memaparkan sesuatu website itu.

Apakah itu plugin?

Plugin ialah alat-alat yang boleh dipasang atau install ke dalam website yang akan menaiktaraf website itu dari segi fungsi dan mempermudahkan sesuatu proses untuk dilaksanakan.

Apakah itu SSL?

SSL (Secure Sockets Layer) ialah teknologi keselamatan yang menghubungkan dengan hubungan yang di”encrypt” antara web server (laman web anda) dan browser (Internet Explorer/Chrome/Firefox/dll.). Ini memastikan segala data yang dihantar dan diterima antara web server dan browser kekal sulit.

SSL menjadi satu keperluan jika anda ingin membuka laman web jual beli secara online yang memerlukan maklumat sulit seperti nombor kad kredit pelanggan.

BAYARAN
Bolehkah domain dibayar secara bulanan?

Domain hanya boleh dibayar secara tahunan. Tiada pilihan untuk bulanan. Ini ialah kebiasaan bagi mana-mana domain registrar.

Bagaimanakah cara untuk membayar?

Bagi sesiapa yang berminat, bayaran boleh dilakukan dengan bank-in atau online banking ke akaun Maybank kami. Maklumat akaun akan diberikan melalui email atau mesej peribadi kepada pihak yang berkenaan kerana setakat ini kami menggunakan akaun peribadi dan maklumat ini tidak disarankan untuk dipaparkan secara umum demi keselamatan dan privasi. Langkah-langkah untuk membuat bayaran:

  1. Hubungi kami untuk mendapatkan harga terkini dan harga promosi/diskaun jika ada
  2. Kami akan berikan maklumat akaun bank kami
  3. Lakukan pembayaran melalui bank-in atau online banking
  4. Maklumkan kepada kami dengan menyertakan “screenshot” resit online banking atau gambar resit bank-in ATM setelah bayaran dilakukan

Setelah pembayaran disahkan, kami akan melakukan pendaftaran dan pembayaran kepada syarikat domain dan syarikat web hosting. Jika anda melanggan servis kami, kami akan uruskan hal tersebut setelah pembayaran itu. Apabila semua urusan ini telah selesai, kami akan memaklumkan anda dengan maklumat username, login password sementara, dan lain-lain untuk masuk ke website anda.

Maklumat Penting
  1. Jika mana-mana pakej dibeli dengan harga diskaun, harga diskaun tersebut hanya sah pada bayaran pertama kali sahaja. Kos pembaharuan web hosting adalah pada kadar harga biasa. Ini bermakna jika diambil pakej 36 bulan, maka harga lump sum yang dibayar untuk 36 bulan itu akan mendapat diskaun. Selepas 36 bulan ini, harga pembaharuan adalah pada kadar harga biasa. Jika diambil 1 bulan saja, maknanya diskaun itu sah pada bulan pertama saja dan pembaharuan untuk bulan kedua adalah pada kadar harga biasa. Ini merupakan terma dan syarat syarikat web hosting yang kami gunakan. Oleh yang demikian, kami mencadangkan agar kontrak yang panjang dipilih untuk memaksimumkan diskaun.
  2. Harga domain dan web hosting tertakluk kepada syarikat domain registrar dan syarikat web hosting yang digunakan. Ia berubah mengikut ketetapan mereka. Sila hubungi kami dahulu sebelum membuat apa-apa bayaran untuk mendapatkan harga tetapan terkini.
  3. Harga yang dinyatakan berserta kos pendaftaran, kos pengurusan dan kos pertukaran mata wang asing dan berubah mengikut kadar pertukaran mata wang asing terkini.

HUBUNGI KAMI

Pendaftaran dan Pertanyaan Lebih Lanjut

WhatsApp

017 226 7898

“…Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan…”

Al Quran

Al Maaidah, Ayat 2

Kami mempunyai polisi yang tegas di mana kami tidak akan terlibat dalam pembinaan laman web atau memberi apa-apa perkhidmatan servis kepada apa-apa yang mempunyai unsur yang haram seperti laman web fesyen yang terdapat gambar yang mendedahkan aurat, laman web promosi sesuatu program aktiviti sosial yang tidak berbatas, laman web kewangan yang mempunyai unsur riba, dan lain-lain.